TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida yang berlepas ke Washington pada Isnin, merupakan pemimpin pertama Jepun melakukan lawatan negara ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sembilan tahun - satu langkah yang menekankan peningkatan kepentingan persekutuan antara kedua-dua negara.
Semasa berada di AS, Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington dan akan menyampaikan ucapan dalam satu sesi bersama Kongres AS pada keesokan harinya, lapor Agensi Berita Kyodo yang memetik pegawai Kerajaan Jepun.
Kishida yang dijadualkan pulang ke Tokyo pada Ahad dijangka meyakinkan lagi Biden tentang kepentingan kerjasama Jepun-AS dalam pelbagai bidang daripada keselamatan dan teknologi terkini sehingga pengukuhan rantaian bekalan, kata pegawai berkenaan.
"Saya mengesahkan bahawa Jepun dan AS telah membina satu hubungan yang lebih kukuh dan ia merupakan satu peluang penting untuk menyampaikan mesej ini kepada dunia," Kishida memberitahu wartawan sebelum berlepas dari Tokyo.
Kishida berkata, lawatan negaranya ke AS akan membantu meningkatkan hubungan bilateral dan beliau akan menjadi Perdana Menteri Jepun pertama menyampaikan ucapan di Kongres AS sejak Shinzo Abe melakukannya pada April 2015. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 08 2024
Fumio Kishida yang berlepas ke Washington pada Isnin, merupakan pemimpin pertama Jepun melakukan lawatan negara ke Amerika Syarikat dalam tempoh sembilan tahun. - Gambar fail REUTERS
SWCorp yakin sasaran kadar kitar semula kebangsaan tahun ini tercapai
Keyakinan itu berdasarkan peratusan yang dicapai pada tahun sebelum ini melebihi sasaran ditetapkan.
Kerajaan perlu jana lebih hasil untuk tampung perbelanjaan kenaikan gaji, faedah - RHB Research
Peningkatan perbelanjaan emolumen daripada kenaikan gaji penjawat awam boleh dibiayai melalui kutipan hasil yang lebih tinggi.
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun
Fumio Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington.
Mark Zuckerberg bincang risiko AI dengan PM Jepun
Ketua Meta dan pengasas Facebook sangat teruja dengan perkembangan yang berlaku di Jepun.
PM Jepun Kishida gantikan dua eksekutif parti pemerintah LDP yang dibelenggu skandal
Perdana Menteri Jepun menggantikan dua eksekutif parti LDP dalam usaha untuk memulihkan kepercayaan orang ramai di tengah-tengah skandal dana politik.
Lawatan PM Jepun ke Malaysia berakhir dengan hasil positif
Lawatan dua hari Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida ke Malaysia yang berakhir pada Ahad membuahkan hasil positif dalam mengukuhkan hubungan dua hala.
Presiden Biden hos pertemuan pemimpin Jepun dan Korea Selatan di Camp David
Kehadiran PM Jepun dan Presiden Korea Selatan memberikan petunjuk terbaharu hubungan kedua negara itu yang disifatkan semakin mesra.
PM Ismail Sabri dan PM Jepun Kishida berkongsi pandangan akan isu serantau dan antarabangsa
Kedua-dua pemimpin menyentuh mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
Bakal PM Jepun Fumio Kishida dijangka umum Kabinet baharu pada Isnin
Pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP) Jepun, Fumio Kishida bakal mengambil alih jawatan perdana menteri pada Isnin dan dijangka mengumumkan barisan Kabinet baharunya.
PM Jepun Yoshihide Suga bakal letak jawatan
Suga juga dilaporkan tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai ketua parti LDP.
Mayat tebusan Algeria warga Jepun tiba di Tokyo
Mayat sembilan mangsa tebusan warga Jepun di kompleks in Amenas, Algeria selamat tiba di Tokyo.